Skip to main content

Jabatan Farmasi  |  Hospital USM

Drug Newsletter

DRUG NEWSLETTER

   Drugs newsletter merupakan salah satu projek Unit Kajian dan Maklumat Drug sebagai satu wadah penyebaran maklumat kepada staf, terutamanya pegawai farmasi. Buletin sebegini pernah dikeluarkan lebih dari sedekad yang lalu dengan nama DrugInfo. Namun, penerbitannya terhenti di pertengahan jalan.

   Dengan inisiatif daripada muka-muka baru, Drugs Newsletter ini telah dilahirkan semula pada tahun 2011 dengan penampilan yang lebih segar dan santai. Buletin ini akan diterbitkan setiap 4 bulan dan diharapkan dapat memberikan manfaat kepada semua staf dalam menambah dan mengemaskini maklumat semasa.

Hospital USM Formulary

HOSPITAL USM FORMULARY

Sehingga kini, Formulari HUSM telah diterbitkan sebanyak 7 edisi sejak penubuhan Jabatan Farmasi HUSM. 

Sila klik link dibawah untuk ke Hospital USM Formulary

[+] https://dformulary.kk.usm.my 

** Buat masa ini, online formulary ini akan berfungsi secara dalaman sahaja [LAN dan WIFI USM] bagi tujuan konfigurasi keselamatan.

Sebarang pertanyaan berkenaan formulari, sila hubungi :

  1. Pn. Hjh. Khairul Bariah Johan @Rahmat - 3388
  2. Pn. Syahira Afiqah Mohamad Pauzi - 3384
  3. Cik Nurul Fatihah Zainuddin - 3386

BULETIN FARMEDIA

Sejarah Farmedia

Farmedia sebagai medan interaksi kakitangan Farmasi dilahirkan pada bulan Mei 1995. Sidang pengarangnya dipengerusikan oleh Tuan Hj. Zainol Abidin Hamid. Sebanyak lapan (8) keluaran telah berjaya diterbitkan dengan identitinya tersendiri. Namanya dicoretkan sebagai ’ FarMedia’ Medan Interaksi Kakitangan Farmasi. Fungsi murni Farmedia adalah dalam menyerikan jabatan dengan sentuhan kemesraan dan mengikat warganya bak serai serumpun.

Sidang pengarang FarMedia digilirkan dalam kalangan staf Farmasi setiap tahun. Berikut adalah senarai pengerusinya :

  1. 1995 – Tuan Hj.Zainol Abidin Hamid
  2. 1996 – Puan Haslina Hashim
  3. 1997 – En.Dellemin Che Abdullah
  4. 1998 – En. Mohd Hisham Abd Razak
  5. 2001 – Puan Nur Delaida Mohd Nawi.
  6. 2009 – Puan Noryati Mohd Nur
  7. 2015 -2016- En Mohd Hasrul Hisham Semail.
  8. 2019- 2022- Puan Noor Shufiza Ibrahim
  9. 2023- sekarang - En. Mohd Sabrie Mohd Nawawi

Buletin FarMedia dibangunkan semula bulan Februari tahun 2009 setelah terhenti selepas keluaran sulungnya pada bulan April 2001. Kelahiran semula ini berwajah baru dengan penampilan yang berwarna warni menambah keceriaan setiap keluarannya .  Ejaan barunya ialah ’FARMEDIA’ Jabatan Farmasi HUSM.

Mariani Yaacob

Penasihat FARMEDIA

 (2009-2016)

Pautan farmedia