BADAN KEBAJIKAN SOSIAL JABATAN FARMASI (BKS)
PENGENALAN BKS
BADAN KEBAJIKAN SOSIAL JABATAN FARMASI (BKS)
Badan Kebajikan Sosial (BKS), Jabatan Farmasi telah ditubuhkan pada Ogos 2010.
TUJUAN PENUBUHAN & MOTTO BKS
TUJUAN :
Adalah untuk mengurus kebajikan staf dan aktiviti supaya berjalan dengan lancar selaras dengan konsep Rahmah dan Mawaddah
MOTTO :
Warga Bahagia Perkhidmatan Cemerlang.
KEAHLIAN
- Terbuka kepada semua staf tetap Jabatan Farmasi, HUSM.
- Keahlian adalah secara automatik.
YURAN DAN BAYARAN LAIN
Tidak dikenakan sebarang yuran. Sumber kewangan diperoleh dari potongan elaun keraian Pegawai Farmasi UF44-UF54, sumbangan secara sukarela staf Jabatan Farmasi dan penjanaan kewangan.
EXCO
Jawatankuasa yang dinamakan Exco BKS terdiri daripada:
- Pengerusi
- Bendahari
- Setiausaha Kehormat
- Sepuluh (10) orang ahli jawatankuasa Biro yang dilantik iaitu :
LAPAN (8) BIRO YANG DILANTIK :
1- Biro Keusahawanan : Mengawalselia dan mengurus aktiviti perniagaan.
2- Biro Sukan : Menganjurkan pertandingan sukan dalaman dan luaran contoh boling,karom, dart, catur, congkak dsb.
3- Biro Rekreasi : Menganjurkan lawatan dalam atau pun luar negara.
4- Biro Kebudayaan : Menganjurkan acara-acara yang bersesuaian untuk majlis-majlis seperti persaraan dan jamuan tahunan Jabatan Farmasi.
5- Biro Hospitaliti :
- Membuat laporan jika ada sebarang kematian, masuk wad, bencana alam yang berlaku di kalangan staf Jabatan Farmasi.
- Melantik ahli jawatankuasa kecil sebagai wakil setiap unit bagi memudahkan urusan dan melakkan keciciran maklumat.
- Sebaiknya setiap kali ingin menziarah, hendaklah mengurus dan memaklumkan kepada pengerusi dan Ketua Jabatan supaya beliau boleh turut serta.
6- Biro Majlis dan Keraian : Mengenalpasti majlis dan keraian yang akan dianjurkan oleh Jabatan Farmasi.
7- Biro Sumbangan dan Penghargaan :
- Sumbangan dan Penghargaan adalah merangkumi perkara-perkara berikut :
- Kematian ahli
- Kematian suami/isteri *
- Kematian ibu/bapa/anak (sila sertakan sijil kematian)
- Perkahwinan ahli *
- Mendapat anak/termasuk anak angkat berdaftar (sila sertakan sijil kelahiran anak) *
- Anak ke IPTA/IPTS peringkat Diploma/Ijazah (sila sertakan surat tawaran) **
- Bencana alam seperti kebakaran/ribut/gempabumi yang membawa kerugian besar (tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa)
8- Biro Bantuan Kewangan : Membuat perancangan untuk memberikan pinjaman dan bantuan persekolahan kepada ahli-ahli yang memerlukan.
PENASIHAT
Ketua Pegawai Farmasi dilantik sebagai penasihat BKS.