PERKHIDMATAN TAMBAH NILAI FARMASI (VALUE ADDED SERVICES, VAS)
Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi adalah perkhidmatan inovatif yang disediakan untuk pesakit bagi kemudahan mereka mendapatkan ubat susulan. Ia melibatkan aktiviti pendispensan ubat bagi pesakit dengan preskripsi jangka panjang bagi bekalan ubat susulan dan semasa mereka.
Antara Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi yang diperkenalkan pihak farmasi adalah:
1.Telefon/ Whatsapp dan Ambil
Sistem Temujanji ini merupakan satu alternatif kepada sistem pendispensan di mana pesakit boleh menggunakan medium seperti telefon dan Whatsapp untuk memaklumkan tarikh temujanji kepada pihak farmasi bagi mendapatkan bekalan ubat susulan mereka.
Dengan menggunakan perkhidmatan ini, ubat-ubatan pesakit akan disediakan sekurang-kurangnya beberapa hari sebelum tarikh ambil ubat susulan. Oleh itu, pesakit tidak perlu menunggu lama bagi mendapatkan ubat mereka seterusnya menjimatkan masa menunggu dan mengurangkan kesesakan di ruang menunggu farmasi terutama di waktu puncak (peak time).
Langkah 1:
- Hubungi farmasi di talian 09-7673393/ 3395/ 3396 atau Whatsapp di nombor 0111-5353001 sebelum jam 1.00 tengah hari pada hari bekerja.
- Beri NAMA, RN, NO. TELEFON
Langkah 2:
- Catat NOMBOR GILIRAN yang diberi oleh pegawai farmasi diatas KAD DAFTAR VAS (boleh didapati di KAUNTER B)/ slip ubat/ kertas sementara.
- NOMBOR GILIRAN ini perlu dibawa semasa pengambilan ubat.
Langkah 3:
- Serah KAD DAFTAR VAS/ SLIP UBAT/ KERTAS SEMENTARA yang mengandungi NOMBOR GILIRAN di KAUNTER 9 pada keesokan harinya (Hari Bekerja) bersama-sama KAD RAWATAN. * Bagi pesakit Status Berbayar, sila jelaskan bayaran terlebih dahulu sebelum datang mengambil ubat.
- Serah kad/Slip Ubat dan Ambil
Sistem serahan kad atau slip ubat ini merupakan satu alternatif kepada sistem pendispensan di mana pesakit boleh menggunakan medium kad temujanji. Kad temujanji atau slip ubat diserahkan sehari sebelum di premis bagi mendapatkan bekalan ubat semasa atau susulan mereka tanpa perlu menunggu.
Langkah 1:
- Datang ke farmasi dan isi borang Serah & Ambil di kiosk secara manual atau imbas kod bar untuk daftar secara dalam talian.
Langkah 2:
- Untuk pendaftaran secara manual, salin nombor giliran yang tertera pada borang Serah & Ambil ke dalam Kad Daftar VAS.
- Untuk pendaftaran secara dalam talian, tangkap skrin (screen shot) nombor giliran yang telah dimasukkan.
Langkah 3:
- Datang ke farmasi pada keesokan hari bekerja dan terus ke KAUNTER 9.
- Serahkan Kad Daftar VAS atau tunjukkan nombor giliran yang telah ditangkap skrin (screen shot) untuk mengambil ubat.
Waktu penyerahan preskripsi/ kad rawatan: Ahad - Khamis (8.10am - 1.00pm)
* Bagi pesakit Status Berbayar, sila jelaskan bayaran terlebih dahulu sebelum datang mengambil ubat.
**Ubat mestilah dituntut keesokan harinya. Pihak farmasi TIDAK AKAN simpan ubat anda jika tidak dituntut MELEBIHI 3 HARI BEKERJA.
- Pos Ubat Anda
Satu perkhidmatan penghantaran bekalan ubat susulan pesakit ke destinasi pilihan pesakit di seluruh Malaysia dengan caj penghantaran yang minima melalui Pos Laju Malaysia.
Langkah 1: Hubungi farmasi di 09-7673393/ 3395/ 3396 atau melalui Whatsapp di nombor 0111-5353001 pada 7 hari sebelum tarikh pengambilan ubat (mula dari jam 8.10pagi - 1.00tengah hari).
Langkah 2: Beri maklumat RN untuk farmasi semak status ubat.
Langkah 3: Bagi pesakit status BERBAYAR, pembayaran perlu dibuat secara atas talian pada akaun:
03018010100024 (Bank Islam)
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (AKAUN KUTIPAN - PELBAGAI)
Whatsapp salinan bukti pembayaran.
Langkah 4: Nombor tracking akan diberi selepas pembungkusan dibuat untuk rujukan pesakit.
Langkah 5: Pos Laju akan hantar ubat ke alamat diberi.
Langkah 6: Bayar caj penghantaran secara tunai kepada posmen semasa menerima bungkusan ubat.
- Hantar Ubat Anda Melalui Aplikasi Telefon Pintar (BungkusIT/Grab/MyCar/Maxim)
Satu perkhidmatan penghantaran bekalan ubat susulan pesakit ke destinasi pilihan pesakit di sesetengah kawasan di Kelantan melalui penghantar (runner) aplikasi telefon pintar mengikut kadar caj penghantaran yang ditetapkan.
Aplikasi BungkusIT
Langkah 1: Muat turun aplikasi 'BungkusIT' dan daftar log masuk.
Langkah 2: Pilih menu 'Medicine & Beauty' dan klik FARMASI PESAKIT LUAR HUSM
Langkah 3: Masukkan alamat penghantaran ubat dan semak kadar caj. (Nota: Caj penghantaran perlu dibayar kepada penghantar apabila menerima ubat secara tunai atau secara atas talian)
Langkah 4: Sekiranya bersetuju dengan kadar caj, hubungi farmasi di talian 09-7673393/ 3395/ 3396 atau melalui Whatsapp di nombor 0111-5353001
Langkah 5: Pihak farmasi akan semak status ubat dan memberi nombor giliran untuk penghantar ambil keesokan harinya.
Langkah 6: Log masuk semula ke aplikasi BungkusIT dan tempah penghantar.
Langkah 7: Beri nombor giliran kepada penghantar & maklumkan untuk ambil di KAUNTER 9 dengan memberi nombor giliran.
Langkah 8: Bagi pesakit status BERBAYAR, pembayaran perlu dibuat secara atas talian pada akaun
03018010100024 (Bank Islam)
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (AKAUN KUTIPAN - PELBAGAI)
Whatsapp salinan bukti pembayaran.
Langkah 9: Bayar caj penghantaran secara tunai semasa penerimaan ubat kepada penghantar atau secara atas talian.
Aplikasi GRAB
Langkah 1: Muat turun aplikasi 'GRAB' dan daftar log masuk.
Langkah 2: Pilih menu 'delivery'
Langkah 3: Masukkan alamat penghantaran ubat dan semak kadar caj. (Nota: Caj penghantaran perlu dibayar kepada penghantar apabila menerima ubat secara tunai atau secara atas talian)
Langkah 4: Sekiranya bersetuju dengan kadar caj, hubungi farmasi di talian 09-7673393/ 3395/ 3396 atau melalui Whatsapp di nombor 0111-5353001
Langkah 5: Pihak farmasi akan semak status ubat dan memberi nombor giliran untuk penghantar ambil keesokan harinya.
Langkah 6: Log masuk semula ke aplikasi GRAB dan tempah penghantar.
Langkah 7: Beri nombor giliran kepada penghantar & maklumkan untuk ambil di KAUNTER 9 dengan memberi nombor giliran.
Langkah 8: Bagi pesakit status BERBAYAR, pembayaran perlu dibuat secara atas talian pada akaun
03018010100024 (Bank Islam)
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (AKAUN KUTIPAN - PELBAGAI)
Whatsapp salinan bukti pembayaran.
Langkah 9: Bayar caj penghantaran secara tunai semasa penerimaan ubat kepada penghantar atau secara atas talian.
Makluman: Semua perkhidmatan ini ditawarkan kepada pesakit yang mematuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak farmasi. Semua pesanan yang diterima sebelum jam 1.00 tengah hari sahaja yang akan diproses.
Hubungi kami di talian :
Talian tetap : 09 767 3000 ext 3393/ 95 /96
Whatsapp : 0 111 5353 001 (www.wasap.my/601115353001)