PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI ORANG ASLI (KRIS) (KUALA MU, PERAK)
Jabatan Farmasi, Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) dengan kerjasama Unit Farmasi, Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB), UniKL Royal College of Medicine Perak (RCMP) dan Malaysian Pharmacist Society (MPS) Cawangan Kelantan telah menganjurkan program ‘Duta Kesihatan Orang Asli’: Pemerkasaan Wakil Komuniti dengan Latihan Teori dan Praktikal dalam Menggunakan Glukometer, Alat Tekanan Darah, Termometer dan Peti Kecemasan serta Menjalankan Saringan Kutu dan Pemberian Ubat Cacing di Pos Kuala Mu, Sungai Siput, Perak pada 20 September lalu.











