DISCOVERING SETIU WETLANDS
Tarikh : 5 Oktober 2024 (Sabtu)
Lokasi : Taman Negeri Setiu Wetlands, Terengganu
Program ini bertemakan 'Merekayasa Peribadi Diri, Memanifestasikan Kelestarian Alam'.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan. Antaranya mencari lokan, tiram serta kepah, melawat sangkar ternakan ikan dan 'boardwalk taman negeri. Semua peserta juga merentasi 4 pulau kecil sekitar lokasi selain menikmati santapan tengah hari ala' Kampung Style'.
Tidak lengkap jika program ini tidak disertakan dengan acara yang menepati objektif utama untuk melesarikan alam. Justeru aktiviti penanaman pokok bakau menjadi kemuncak program ini. Penanaman pokok bakau ini penting bagi mencegah hakisan pantai dan memulihara habitat asal supaya anak ikan, udang serta ketam dapat membiak.