DRUG NEWSLETTER
Drugs newsletter merupakan salah satu projek Unit Kajian dan Maklumat Drug sebagai satu wadah penyebaran maklumat kepada staf, terutamanya pegawai farmasi. Buletin sebegini pernah dikeluarkan lebih dari sedekad yang lalu dengan nama DrugInfo. Namun, penerbitannya terhenti di pertengahan jalan.
Dengan inisiatif daripada muka-muka baru, Drugs Newsletter ini telah dilahirkan semula pada tahun 2011 dengan penampilan yang lebih segar dan santai. Buletin ini akan diterbitkan setiap 4 bulan dan diharapkan dapat memberikan manfaat kepada semua staf dalam menambah dan mengemaskini maklumat semasa.