BULETIN FARMEDIA
Sejarah Farmedia
Farmedia sebagai medan interaksi kakitangan Farmasi dilahirkan pada bulan Mei 1995. Sidang pengarangnya dipengerusikan oleh Tuan Hj. Zainol Abidin Hamid. Sebanyak lapan (8) keluaran telah berjaya diterbitkan dengan identitinya tersendiri. Namanya dicoretkan sebagai ’ FarMedia’ Medan Interaksi Kakitangan Farmasi. Fungsi murni Farmedia adalah dalam menyerikan jabatan dengan sentuhan kemesraan dan mengikat warganya bak serai serumpun.
Sidang pengarang FarMedia digilirkan dalam kalangan staf Farmasi setiap tahun. Berikut adalah senarai pengerusinya :
- 1995 – Tuan Hj.Zainol Abidin Hamid
- 1996 – Puan Haslina Hashim
- 1997 – En.Dellemin Che Abdullah
- 1998 – En. Mohd Hisham Abd Razak
- 2001 – Puan Nur Delaida Mohd Nawi.
- 2009 – Puan Noryati Mohd Nur
- 2015 -2016- En Mohd Hasrul Hisham Semail.
- 2019- 2022- Puan Noor Shufiza Ibrahim
- 2023- sekarang - En. Mohd Sabrie Mohd Nawawi
Buletin FarMedia dibangunkan semula bulan Februari tahun 2009 setelah terhenti selepas keluaran sulungnya pada bulan April 2001. Kelahiran semula ini berwajah baru dengan penampilan yang berwarna warni menambah keceriaan setiap keluarannya . Ejaan barunya ialah ’FARMEDIA’ Jabatan Farmasi HUSM.
Mariani Yaacob
Penasihat FARMEDIA
(2009-2016)